Posts

Showing posts from June, 2019

Berblog semula

Guten Tag ! Ini blog aku yang pertama selepas berpuluh tahun aku tak menulis. Pertama kali aku tulis blog tahun 2008, sekarang dah 2019. 11 tahun! Gilalah, Kalau budak pun dah masuk darjah 5! Tapi kali ni, kemungkinan content aku agak berlainan dari yang lain. Yelah, umur aku sekarang dah n+11 tahun berbanding yang dulu. Blog-blog aku yang dulu pun semua aku dah delete. Aku cuba untuk hilangkan semua footprint aku yang dulu dan wujudkan kanvas putih yang baru, yang lebih privasi. Dunia sosial media sekarang dan 11 tahun yang lepas sangat-sangat berbeza. Dulu orang gunakan internet untuk suka-suka, tapi sekarang orang boleh gunakan internet untuk jatuhkan seseorang. So, disebabkan itu aku cuba untuk jaga batas privasi dalam blog ini. Jadi, apa yang akan aku tulis dalam blog ni? Kebanyakannya adalah perkara-perkara peribadi sahaja, mungkin akan menyentuh sedikit sebanyak hal-hal kekeluargaan, hal-hal pekerjaan, hal-hal sejarah, dan hal-hal politik. Cuma, aku harapkan semua