Posts

Manuskrip Kedua

Guten Tag! Sebenarnya aku pernah siapkan satu novel suatu masa dulu. Agak berbangga jugalah dengan pencapaian ahku, tapi sebenarnya aku tak berapa bangga sangat pun. Sebab aku sebenarnya sedar yang penulisan aku dalam novel tu sangat tak berkualiti dan tiada identiti langsung. Sebabnya aku nak siapkan cepat dan terlalu terikut-ikut dengan penulisan orang lain. Tambahan pula kisah novel tu adalah dari kisah hidup aku sendiri yang konon-kononnya bagaikan hidup dalam novel (cewah!). Jadi, aku tak hairan sangat pun bila novel aku tu tak di publish oleh mana-mana publisher pun. Tapi tak boleh nak tipulah sebenarnya aku sedih jugaklah, sebelum datangnya kesedaran tentang betapa buruknya tulisan aku tu. Tapi aku tak mengalah, aku ada cubaan untuk menulis novel kedua. Novel ni aku tulis berdasarkan kisah dari greek (bukan Perak), dan cuba diasimilasikan dengan budaya tempatan dan dikontemporarikan jalan kisahnya. Tapi aku tersangkut dan tak dapat nak teruskan penulisan. Kalau tak silap a

Aku dan Karier

Guten Tag! Sebenarnya hari ni aku tengah bekerja dari kedai mamak. Entah apa namanya entah, celah mana entah dalam kawasan Kelana Jaya ni. Kerja aku yang sekarang ni baru nak cecah 10 bulan, dah hampir setahun aku kerja sini. Kadang-kadang aku berharap ini adalah pekerjaan aku yang paling lama sebelum aku berubah tempat kerja lain, tapi kadang-kadang aku terasa macam nak berhenti kerja. Tapi walau sedilemma aku dalam nak memilih teruskan bekerja kat sini atau tidak, sebenarnya aku sedar juga realiti alam pekerjaan sekarang ni macam mana. akan bersambung

Berblog semula

Guten Tag ! Ini blog aku yang pertama selepas berpuluh tahun aku tak menulis. Pertama kali aku tulis blog tahun 2008, sekarang dah 2019. 11 tahun! Gilalah, Kalau budak pun dah masuk darjah 5! Tapi kali ni, kemungkinan content aku agak berlainan dari yang lain. Yelah, umur aku sekarang dah n+11 tahun berbanding yang dulu. Blog-blog aku yang dulu pun semua aku dah delete. Aku cuba untuk hilangkan semua footprint aku yang dulu dan wujudkan kanvas putih yang baru, yang lebih privasi. Dunia sosial media sekarang dan 11 tahun yang lepas sangat-sangat berbeza. Dulu orang gunakan internet untuk suka-suka, tapi sekarang orang boleh gunakan internet untuk jatuhkan seseorang. So, disebabkan itu aku cuba untuk jaga batas privasi dalam blog ini. Jadi, apa yang akan aku tulis dalam blog ni? Kebanyakannya adalah perkara-perkara peribadi sahaja, mungkin akan menyentuh sedikit sebanyak hal-hal kekeluargaan, hal-hal pekerjaan, hal-hal sejarah, dan hal-hal politik. Cuma, aku harapkan semua