Manuskrip Kedua

Guten Tag!

Sebenarnya aku pernah siapkan satu novel suatu masa dulu. Agak berbangga jugalah dengan pencapaian ahku, tapi sebenarnya aku tak berapa bangga sangat pun. Sebab aku sebenarnya sedar yang penulisan aku dalam novel tu sangat tak berkualiti dan tiada identiti langsung. Sebabnya aku nak siapkan cepat dan terlalu terikut-ikut dengan penulisan orang lain. Tambahan pula kisah novel tu adalah dari kisah hidup aku sendiri yang konon-kononnya bagaikan hidup dalam novel (cewah!).

Jadi, aku tak hairan sangat pun bila novel aku tu tak di publish oleh mana-mana publisher pun. Tapi tak boleh nak tipulah sebenarnya aku sedih jugaklah, sebelum datangnya kesedaran tentang betapa buruknya tulisan aku tu.

Tapi aku tak mengalah, aku ada cubaan untuk menulis novel kedua. Novel ni aku tulis berdasarkan kisah dari greek (bukan Perak), dan cuba diasimilasikan dengan budaya tempatan dan dikontemporarikan jalan kisahnya. Tapi aku tersangkut dan tak dapat nak teruskan penulisan. Kalau tak silap aku dah hampi 20% ditulis. Dekat setahun juga aku sangkut, dan terus aku lupakan novel tu. Ditambah pula aku yang tengah sibuk dengan benda-benda lain dalam hidup, hidupkan nak kena makan.

Tapi, akhir-akhir ni aku rasa macam terpanggil balik untuk menulis semula novel tu. Kali ni tentunya aku tak nak terburu-buru menulis, dan dalam masa yang sama aku akan cuba cari identiti penulisan aku. Macam mana nak cari identiti penulisan? Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu, tapi dulu-dulu aku ada terbaca yang kalau nak cari identiti penulisan ni, kenalah banyak menulis dan mencuba pelbagai gaya sampailah terjumpa gaya penulisan yang kita sendiri selesa. Alah, macam mengurat awik jugaklah, kenalah keluar dan berjumpa dengan macam-macam awik sampailah jumpa awik yang sesuai dan kita selesa dengannya. Dan kalau isteri aku terbaca tulisan aku ni, aku terpaksalah tulis yang aku pun dah berkahwin dengan awik yang sesuai dengan aku dan tidak akan mencari awik lain lagi (semoga awak tidak tersalah mengintepretasikan ayat ini).

Dan sebenarnya sambil-sambil aku menulis blog ini, sambil itu jugalah aku mencari gaya penulisan aku sendiri ibarat mencari awik, dan sambil itu jugalah aku nak menulis menceritakan dan meluahkan semua perkara yang aku rasa patut dikongsikan demi kebaikan sejagat (walaupun tak sebaik mana).

Itu saja untuk kali ini, bis dann!